Monday 3 October 2011

Ceramah Kebajikan Tentera dan Veteran ATM (KERABAT NEGERI PERAK)

Ceramah Kebajikan Tentera dan Veteran ATM (KERABAT NEGERI PERAK) 2011
29 Sept 2011
Taman Berkat Taiping Perak.
- Kehadiran yang terdiri daripada para bekas anggota tentera pada ceramah ini amat membanggakan. Mereka datang dari pelbagai latarbelakang kaum dan cabang perkhidmatan Tentera,Seolah-olah seperti perhimpunan reunion,rakan sahabat semasa dalam perkhidmatan ATM dapat bertemu semula pada majlis ceramah ini. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar sehingga akhir majlis ceramah ini,walaupun terdapat provakasi kebudak-budakan dari pihak UMNO BN yang sengaja merentang banner di pintu masuk ketempat ceramah. 2 banner berjaya di turunkan dan dirampas dengan arahan pihak PDRM setelah laporan dibuat. UMNO BN di Parlimen Bukit Gantang bertambah sasau sekarang kerana sokongan dari rakyat dan bekas anggota ATM meningkat terhadap Pakatan Rakyat.



DS Nizar Menyampaikan Ceramahnya dihadapan para hadirin yang terdiri daripada bekas anggota tentera
Wakil kaum India (Bekas Anggota Tentera) menyerahkan 63 borang kemasukan keahlian KERABAT


Kuanter pendaftaran ahli KERABAT sesak sejak mula dibuka



Pakatan janji bela nasib bekas tentera



| Print |





































SERDANG, 3 Okt: Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia
 atau ringkasnya (Kerabat) mengharapkan pembelaan dari Pakatan Rakyat terhadap
bekas anggota tentera yang selama ini didakwa diabaikan oleh kerajaan BN.
Hasrat itu disampaikan melalui satu memorandum yang diserahkan presidennya
Mohd Nazari Mokhtar kepada pimpinan Pakatan Rakyat pada himpunan kali
pertama pertubuhan itu di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya,
di sini malam tadi. (Gambar)
Memorandum mengandungi lapan resolusi berbentuk cadangan itu diserahkan
 kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
 dan Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hadir mewakili Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Nazari berkata keadaan bekas anggota
 tentera ketika ini berada dalam keadaan tidak terbela lebih-lebih lagi
mereka yang tidak berpencen.
"Waktu dalam tentera dahulu kita disuruh makan daging tidak halal kita makan,
makan daging beruk, ular dan sup kura-kura. Itu biasa bagi kita kerana
untuk menjaga keterampilan anggota tentera.
"Tapi apa yang kita dapat," soalnya dihadapan kira-kira 300 hadirin
 termasuk bekas-bekas anggota serta isteri tentera yang hadir.
Beliau juga mendedahkan hanya 25 peratus sahaja bekas anggota
 tentera menerima pencen, manakala selebihnya 75 peratus tidak.
"Kita menyeru dan merayu kepada kerajaan akan datang
 agar membela dengan mengembalikan keistimewaan kita," katanya.
Antara cadangan yang dikemukakan untuk 100 hari Pakatan Rakyat
 memerintah adalah seperti berikut:
1. Memperkasa sekretariat Kerabat di bawah kelolaan Kerajaan Pusat dan negeri.
2. Mengambil alih urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LAT)
dan syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
3. Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran,
 balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah
 Felda Plantation dan Rumah Mesra Rakyat.
4. Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat percuma kepada tentera,
 balu tentera serta tanggungan mereka.
5. Memberikan rebet 5 peratus untuk bayaran air dan eletrik bagi premis
 tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
6. Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada
tentera dan bekas tentera serta imbuhan khas RM500 sebulan kepada bekas
 tentera yang tidak berpencen.
7. Dikecualikan dari cukai pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
8. Memberikan peruntukan dana khas dan meranjang Dasar Penempatan Bandar
 Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana medan tempur agar kepakaran
mereka dapat dikekalkan.
Janji Negara Berkebajikan, Buku Jingga
Sementara itu dalam responnya terhadap cadangan tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi
 berkata PAS melalui konsep negara berkebajikan, komited untuk memberi pembelaan
 kepada tentera dan bekas tentera.
Menurutnya ia bukan mustahil kerana PAS pernah buktikan kemampuannya ketika
memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 lalu apabila berjaya
menyelesaikan lebih 60,000 kes pemberian hak tanah termasuk kepada bekas tentera.
"Semua resolusi ini kita boleh buat dengan syarat rakyat jadi hakim memilih
Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," katanya.
Wan Azizah pula berkata, beliau akan memanjangkan perkara itu kepada Ketua Umum
PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang untuk membangkitkan
 cadangan itu pada persidangan parlimen yang mula berlangsung hari ini.
Antara pimpinan lain yang hadir malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman,
Presiden Anak Mazlan Aliman serta Exco Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaya
Sumber : Hakakahdaily

NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup


Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyat"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatAntara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

alam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatDakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatOleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera. 

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-
  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan

Sumber : Malaysiakini

Saturday 1 October 2011

Jangan Lupa Tarikh Bersejarah KERABAT

Kain rentang Kerabat dibakar

Kain rentang Kerabat dibakar 

SERI SERDANG – Kain rentang penganjuran Majlis Himpunan Bekas Tentera Bersama Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang digantung di persimpangan lampu isyarat di Taman Seri Serdang di sini dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian hanya disedari Ahli Jawatankuasa Penaja Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) Selangor kira-kira jam 7.30 pagi selepas melihat kain rentang yang digantung sebelum itu dicampak ke laluan pejalan kaki kawasan berhampiran.

Ahli jawatankuasa Kerabat, Kamarulzaman Ibrahim berkata, kain rentang berkenaan digantung awal pagi Rabu lalu untuk memaklumkan kepada orang ramai berhubung program yang bakal diadakan esok di dewan tertutup Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPSJ), Serdang Jaya.

“Penganjur ingin memaklumkan beberapa pimpinan tertinggi PR termasuk, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dijangka akan turut hadir pada program berkenaan.

“Malangnya belum pun program diadakan, kain rentang sudah dibakar pihak tidak bertanggungjawab. Kita menggantungkan empat kain rentang di empat lokasi berbeza, satu daripadanya dibakar manakala satu lagi digunting dan ditinggalkan di tepi jalan,” katanya.

Kamarulzaman berkata, dia sendiri tidak tahu bila kain rentang dibakar namun percaya ia dilakukan awal pagi ketika tiada orang yang menyedari hal berkenaan.

“Semalam (kelmarin) keadaannya masih elok namun pagi tadi, ia sudah rosak akibat dibakar. Kami tidak tahu apa motif ia dibakar namun mengesyaki wujudnya unsur khianat dalam kejadian itu.

“Berkemungkinan pihak itu tidak mahu orang ramai mengetahui maklumat berhubung majlis dan tidak mahu orang ramai hadir ke perhimpunan yang dijangka bakal dihadiri antara 5,000 dan 6,000 bekas tentera dari seluruh negara itu,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan terperinci mencari dalang yang melakukan perkara itu.

“Kami juga mohon polis memantau perkara-perkara lain supaya insiden sama tidak berulang. Satu laporan turut dibuat di Balai Polis Serdang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam